SAFIQ (kiri) bersama Morais
ketika sidang media menjelang perlawanan Piala Sumbangsih 2018. FOTO/MOHD AZREN
JAMALUDIN
Rizar Mohd Noor
sukateam@nstp.com.my
KAPTEN Johor Darul Ta’zim (JDT),
Safiq Rahim tidak menganggap ia perlawanan mudah buat pasukan itu apabila
sekali lagi berdepan Kedah pada aksi Piala Sumbangsih yang juga pembuka tirai
Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.
Safiq berkata, Kedah adalah
antara pasukan hebat di Malaysia dan memiliki kekuatan tersendiri namun JDT
juga memiliki kekuatan yang mampu beri tentangan dalam perlawanan itu nanti.
Katanya, pasukan mana yang
memberi lebih fokus pada perlawanan maka tidak berdepan masalah untuk mencipta
kemenangan tatkala mempamerkan aksi konsisten bagi memburu tiga mata sekali gus
menjulang Piala Sumbangsih.
“Apa pun yang mustahak adalah
pasukan JDT sendiri kerana kita harus beraksi tanpa tekanan dan beri komitmen
tinggi dalam perlawanan itu, tentunya tidak berdepan masalah meraih keputusan
positif.
“Mengenai kekalahan kepada
Muangthong United pada aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) ia sudah
menjadi sejarah dan apa yang kami fokus sekarang adalah permulaan liga.
“Kita harus beri yang terbaik
mengikut falsafah yang diterapkan JDT pada musim ini dan pemain tahu
tanggungjawab masing-masing. Kami akan beri sepenuh tumpuan pada saingan musim
ini,” katanya.
Safiq juga menegaskan betapa
kejayaan yang pernah dikecapi skuad Harimau Selatan tidak perlu diimbas kembali
sebaliknya membuka lembaran baharu pada musim ini bagi memburu kejayaan dengan
episod baru.
Dia menolak tanggapan prestasi
Hariss Harun yang kembali menyertai JDT pada musim ini tampak kurang konsisten
selepas tidak bersama skuad itu pada musim lalu sebaliknya pemain itu bekerja
keras menyesuaikan diri dengan corak taktikal yang diterapkan ketua jurulatih,
Ulisses Morais.
“Hariss (Harun) masih lagi dengan
corak permainannya dan saya tidak nampak dia tidak serasi malah kami mengambil
pendekatan belajar untuk meningkatkan kualiti permainan dengan mengharungi satu
demi satu perlawanan.
“Positifnya kami mahu tampil
dengan corak permainan lebih mantap bagi musim baharu dan ikut perancangan
taktikal yang dibentuk jurulatih kerana sebagai satu pasukan kami mengutamakan
kerjasama,” kata Safiq.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 2 Februari 2018 @ 8:34 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan