Rabu, 11 Oktober 2017

[VIDEO] Kad merah Safiq, sengaja atau tidak?

Safiq Rahim   
 Safiq Rahim
10 Oktober 2017 10:41 PM

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Kekasaran yang dilakukan Safiq Rahim ke atas pertahanan Hong Kong, Dani Cancela dalam kelayakan Piala Asia 2019 malam ini mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen.

Daripada reaksi mereka, ramai yang melihat tindakan ketua pasukan Harimau Malaya itu boleh dielakkan dan dia memijak Cancela secara sengaja.

Bagaimanapun ada juga yang mempertahankan bintang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dengan menyifatkan dia berada dalam kedudukan 50-50 yang mana insiden itu berlaku pantas.

Melihat kepada ulang tayang gerak perlahan, terjahan yang dilakukan oleh Cancela terlalu pantas, dengan kaki kanan Safiq tidak sempat untuk mendarat ke tanah setelah cuba melepaskan diri daripada kawalan penyerang skuad Dragons, Jaimes McKee.

Malaysia kalah 2-0 dalam perlawanan di Stadium Hong Kong hasil jaringan Jorge Tarres pada minit ke-44 dan McKee (m-49).- UTUSAN ONLINE

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/video-kad-merah-safiq-sengaja-atau-tidak-1.536318#ixzz4vBznuZTu
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan