Rabu, 11 Oktober 2017

Safiq dibuang padang, malang buat Harimau Malaya



 LAYANGAN  kad merah kepada Safiq Rahim dalam separuh akhir pertama
LAYANGAN kad merah kepada Safiq Rahim dalam separuh akhir pertama memberi tamparan hebat buat Harimau Malaya di Hong Hong, sebentar tadi.

10 Oktober 2017 8:48 PM

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Malaysia menerima tamparan hebat apabila kapten, Safiq Rahim dibuang padang pada minit ke-39 gara-gara memijak pemain Hong Kong, Daniel Cancela Rodriguez dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hong Kong, sebentar tadi.

Layangan kad merah kepada bintang tengah Harimau Malaya itu menyebabkan pasukan negara mula hilang arah, sebelum gawang mereka dibolosi oleh Jorge Tarrez Paramo pada minit ke-44.

Pasukan negara masih belum memenangi sebarang perlawanan dalam aksi Kumpulan B selepas sebelum ini kalah 1-2 kepada Lebanon di Larkin (13 Jun), sebelum diikat 1-1 oleh Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka, 5 September. - Utusan Online

sumberArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safiq-dibuang-padang-malang-buat-harimau-malaya-1.536276#ixzz4vBhlGe2S
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan