Khamis, 17 Mac 2016

Gol 'trademark' Safiq lengkapkan kemenangan JDT

 Astro Arena |  Diterbitkan pada September 20, 2015 09:04 MYT
 Gol 'trademark' Safiq lengkapkan kemenangan JDT
Gol 'trademark' Safiq lengkapkan kemenangan JDT
Safiq Rahim meletakkan JDT 3-0 di depan menerusi jaringan 'trademark'nya. - Foto AFP / MOHD RASFAN
SEREMBAN: Johor Darul Takzim (JDT) meneruskan momentum kemenangan kali ini dengan menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3 - 2 di Paroi.

JDT mendahului 2 - 0 di babak pertama menerusi jaringan Marcos Antonio pada minit ke-9 dan Mahali Jasuli pada minit ke-27.

Di babak kedua, kapten pasukan, Safiq Rahim meletakkan JDT 3 - 0 di depan menerusi jaringan 'trademark'nya menerusi percubaan sepakan percuma yang menggegar gawang Syed Adney.

Pada minit ke-68, ATM mula menampakkan bibit-bibit kebangkitan apabila merapatkan jurang melalui sepakan penalti Abdulafees Abdul Salam.

ATM kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti kedua yang mana kali ini ia disempurnakan bintang Honduras, Jerry Palacios. Bagaimanapun peluang itu hanya hadir dihujung perlawanan.

JDT mengekalkan rekod bersih di Piala Malaysia selepas dua perlawanan dicatatkan dengan dua kemenangan.

Sumber- http://www.astroawani.com/berita-sukan/gol-trademark-safiq-lengkapkan-kemenangan-jdt-73883

Tiada ulasan:

Catat Ulasan