Selasa, 24 April 2018

KEPUTUSAN PENUH JOHOR DT 3-2 SONG LAM NGHE AN FC

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
   JDT TV LIVE
Johor DT     3-2  Song Lam Nghe An FC
PEMAIN JOHOR DT
24 IZHAM TARMIZI
04 AFIQ FAZAIL
22 COBIN ONG
07 AIDIL ZAFUAN
12 S.KUNALAN
27 FADHLI SHAS
08 SAFIQ RAHIM
09 HAZWAN BAKRI
28 SYAFIQ AHMAD
29 SAFAWI RASID
30 NATXO INSA

JOHOR DT 2-1 SONG LAM NGHE AN FC

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT     2-1  Song Lam Nghe An FC
PEMAIN JOHOR DT
24 IZHAM TARMIZI
04 AFIQ FAZAIL
22 COBIN ONG
07 AIDIL ZAFUAN
12 S.KUNALAN
27 FADHLI SHAS
08 SAFIQ RAHIM
09 HAZWAN BAKRI
28 SYAFIQ AHMAD
29 SAFAWI RASID
30 NATXO INSA

Rabu, 21 Mac 2018

Waspada aura Mongolia!

Syafiq Aznasyafiq.aznan@nstp.com.my
 
“PEMAIN Mongolia mewarisi asid deoksiribonukleik (DNA) Genghis Khan, jadi mereka juga pejuang!,” tegas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

Justeru, Cheng Hoe mengingatkan anak buahnya supaya tidak memandang rendah keupayaan pemain Mongolia walaupun skuad Harimau Malaya menduduki ranking lebih baik iaitu tangga ke-178 dunia berbanding lawan 189.

Malah, Cheng Hoe perlu berwaspada memandangkan beliau tidak memiliki begitu banyak maklumat mengenai kekuatan Mongolia, apatah lagi lawan itu kini mendapat sentuhan jurulatih berpengalaman, Micheal Weiss.

“Saya lihat Mongolia serius apabila menjalani latihan dua minggu di China sebagai persiapan menentang kita.

“Jadi, pemain tidak boleh memandang rendah Mongolia. Mungkin mereka kekurangan daripada segi teknik tetapi lawan mempunyai semangat juang tinggi.

“Berdasarkan sejarah, orang Mongolia ada DNA Genghis Khan yang juga seorang pejuang dan penakluk. Justeru, sudah pasti pemain mereka mewarisi semangat juang itu,” katanya pada sidang media praperlawanan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Anak buah Cheng Hoe akan melayan lawan itu pada aksi persahabatan kelas A di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok sebelum mengharungi aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan di Beirut, Selasa depan.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe mengakui beliau enggan meletakkan tekanan ke atas anak buahnya meskipun sedang berdepan kemarau kemenangan sejak kali terakhir menewaskan Kemboja 3-2 pada Piala AFF, November 2016.

“Ini aksi persahabatan pertama skuad kebangsaan pada 2018 dengan pemain menjalani latihan singkat. Namun, saya percaya dan positif dengan kemampuan semua pemain yang melapor diri kali ini.

“Ini peluang terbaik kita untuk membuka lembaran baharu skuad kebangsaan dan soal prestasi kurang memberangsangkan sebelum ini, kita perlu lupakan kerana kita kini perlu memandang ke hadapan.

“Saya mengharapkan pemain turut berfikiran positif dan bersemangat. Apa yang penting mereka dapat menikmati aksi antarabangsa ini,” katanya.

Sementara itu, Cheng Hoe mengesahkan pemain berdarah kacukan, Kiko Insa yang terpaksa diketepikan akibat jangkitan mata sebelum ini sudah pulih sekali gus boleh beraksi.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Mac 2018 @ 3:59 PM

Harimau Malaya tidak mahu anggap mudah hadapi Mongolia
 SAFIQ RAHIM (dua dari kanan) bersalaman dengan kapten Mongolia,
SAFIQ RAHIM (dua dari kanan) bersalaman dengan kapten Mongolia, Turbat Daginaa sambil diperhatikan Tan Cheng Hoe (kanan) dan jurulatih Mongolia, Michael Weiss dalam sidang akhbar mengenai perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Mongolia di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
22 Mac 2018 3:00 AM

KUALA LUMPUR 21 Mac – Kehebatan pahlawan legenda, Genghis Khan bakal menjadi pendorong kepada pasukan bola sepak Mongolia untuk menentang Malaysia dalam aksi persahabatan kelas A di di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, walaupun Mongolia merupakan pa­sukan ranking lebih rendah iaitu 189 berbanding Malaysia 178, namun untuk menewaskan pasukan berkenaan bukan perkara mudah.

Menurut bekas pengendali Kedah itu, pertemuan tersebut me­rupakan aksi pertama Malaysia di pentas antarabangsa pada tahun ini.

“Ini kali pertama Malaysia menentang Mongolia (skuad senior) dan saya tidak dapat banyak maklumat mengenai mereka. Mongolia sudah mula melakukan jelajah untuk mengadakan aksi persahabatan dan mereka melakukan persiapan selama dua minggu di China.

“Mungkin dari segi teknikal, Mongolia tidak begitu baik namun semangat juang mereka tinggi dan saya percaya mereka mempunyai semangat juang sama macam Genghis Khan yang pernah menawan China satu masa dahulu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media rasmi perlawanan di Wisma FAM hari ini.

Dalam pada itu, Cheng Hoe enggan memberi tekanan kepada pemainnya walaupun ketika ini peminat Harimau Malaya begitu mendambakan kejayaan selepas Malaysia gagal melakar sebarang kemenangan daripada 10 perlawanan sepanjang 2017.

“Ini adalah perlawanan pertama Malaysia untuk 2018 dan merupakan permulaan yang terbaik untuk pemain beraksi di pentas antarabangsa. Saya tidak memberi tekanan kepada pemain kerana mereka sudah lama tidak dikumpulkan bersama.

“Saya berharap pemain bersemangat untuk bermain dalam satu pasukan. Saya mahu pemain menikmati perlawanan ini dan bermain untuk maruah negara dan bukannya kerana terpaksa,” katanya.

Dalam pada itu, kapten Malaysia, Safiq Rahim berkata, walaupun pemain Mongolia majoritinya berasal daripada semi profesional yang terdiri daripada pelajar dan bermain bola sepak separuh masa, itu bukan bermakna Harimau Malaya boleh memandang rendah terhadap lawan mereka itu.

“Kita perlu bermain seperti satu keluarga. Kami perlukan nafas baharu dan kami tidak boleh memandang rendah terhadap keupayaan Mongolia. Kami perlu dahulukan pasukan sendiri sebelum memikirkan pasukan lain.

“Sebagai pemain, kami sememangnya menitik beratkan ran­king negara dan sebab itu kami perlu mendapatkan keputusan terbaik untuk pasukan. Diharapkan pemain negara lebih bersedia untuk memperbaiki kedudukan ranking,” katanya.

Kali terakhir Malaysia beraksi di Stadium Bukit Jalil ialah pada 16 Jun 2015 selepas dibelasah 0-6 oleh Palestin dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di bawah kendalian Dollah Salleh.
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-malaya-tidak-mahu-anggap-mudah-hadapi-mongolia-1.632486#ixzz5ARZIa2N6
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 17 Mac 2018

JDT, Tampines janji perlawanan sengit

SAFIQ RAHIM (dua dari kanan) bersalaman dengan tonggak Tampines Rovers, Fazrul Nawaz sambil diperhat
SAFIQ RAHIM (dua dari kanan) bersalaman dengan tonggak Tampines Rovers, Fazrul Nawaz sambil diperhatikan oleh jurulatih mereka Raul Longhi (kanan) dan Jurgen Raab dalam sidang akhbar menjelang perlawanan Piala AFC 2018 bagi kumpulan H di Johor Bahru semalam.
14 Mac 2018 3:00 AM

JOHOR BAHRU 13 Mac – Safiq Rahim yakin Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pulih daripada insiden pemergian bintang penyerang dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz dan Harimau Selatan kini bersedia untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan menentang Tampines Rovers esok.

Diaz meninggalkan JDT secara tiba-tiba pada malam mereka sepatutnya ke Vietnam untuk menghadapi Song Lam Nghe An pada penghujung bulan lalu. Ketiadaannya menyaksikan JDT tumpas 2-0 dan kemudian sekadar seri tanpa jaringan dengan Tampines di Singapura.

Walau bagaimanapun, ketua pasukan JDT, Safiq berkata ketia­daan Diaz tidak memberi impak negatif terhadap moral pemain dan beberapa perlawanan dalam Liga Super membuktikan perkara tersebut.

JDT kini merampas semula kedudukan teratas liga selepas menumpaskan Terengganu 1-0 minggu ini.

Safiq juga memberi jaminan bahawa setiap pemain yang terpilih dalam kesebelasan utama akan memberi aksi terbaik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos esok untuk meraih kemenangan ke atas Tampines.

“Kami lebih fokus terhadap pasukan sendiri dengan menilai kekuatan dan kelemahan kami. Setiap kelemahan diperbaiki, manakala kekuatan terus dipertingkat,” katanya dalam sidang akhbar menjelang perlawanan di sini hari ini.

Jurulatih JDT, Raul Longhi bagaimanapun mengingatkan pemainnya agar tidak memandang rendah kemampuan Tampines walaupun mereka akan menghadapi lawan dalam Kumpulan H itu di gelanggang keramat mereka.

Katanya, setiap pasukan yang menentang Harimau Selatan pasti akan berusaha untuk menewaskan JDT.

“Ini kerana setiap pasukan yang bertemu dengan JDT pasti akan melakukan yang terbaik. Jadi, amat penting untuk pemain sentiasa bersedia sama ada dalam aspek fizikal mahupun mental.

“Kami akan bermain sepenuh hati untuk mencatatkan kemenangan, sekali gus mengutip tiga mata penuh, apatah lagi bermain di gelanggang sendiri,” katanya.

Ketua jurulatih Tampines, Jurgen Raab pula berkata pasukannya bersedia untuk memberi saingan sengit buat JDT walaupun me­ngakui kelebihan Harimau Selatan kerana bermain di laman sendiri.

“Saya tahu kemampuan dan kekuatan JDT, namun esok kami akan bermain bersungguh-sungguh dan beri saingan kepada mereka.

“Kami juga turun dengan misi untuk menang dalam perlawanan esok,” katanya.

SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-tampines-janji-perlawanan-sengit-1.626959#ixzz5A4SwUXdP
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 2 Februari 2018

'Saya tak fikir ini aksi mudah'

SAFIQ (kiri) bersama Morais ketika sidang media menjelang perlawanan Piala Sumbangsih 2018. FOTO/MOHD AZREN JAMALUDIN
Rizar Mohd Noor
sukateam@nstp.com.my

KAPTEN Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim tidak menganggap ia perlawanan mudah buat pasukan itu apabila sekali lagi berdepan Kedah pada aksi Piala Sumbangsih yang juga pembuka tirai Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Safiq berkata, Kedah adalah antara pasukan hebat di Malaysia dan memiliki kekuatan tersendiri namun JDT juga memiliki kekuatan yang mampu beri tentangan dalam perlawanan itu nanti.

Katanya, pasukan mana yang memberi lebih fokus pada perlawanan maka tidak berdepan masalah untuk mencipta kemenangan tatkala mempamerkan aksi konsisten bagi memburu tiga mata sekali gus menjulang Piala Sumbangsih.

“Apa pun yang mustahak adalah pasukan JDT sendiri kerana kita harus beraksi tanpa tekanan dan beri komitmen tinggi dalam perlawanan itu, tentunya tidak berdepan masalah meraih keputusan positif.

“Mengenai kekalahan kepada Muangthong United pada aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) ia sudah menjadi sejarah dan apa yang kami fokus sekarang adalah permulaan liga.

“Kita harus beri yang terbaik mengikut falsafah yang diterapkan JDT pada musim ini dan pemain tahu tanggungjawab masing-masing. Kami akan beri sepenuh tumpuan pada saingan musim ini,” katanya.

Safiq juga menegaskan betapa kejayaan yang pernah dikecapi skuad Harimau Selatan tidak perlu diimbas kembali sebaliknya membuka lembaran baharu pada musim ini bagi memburu kejayaan dengan episod baru.

Dia menolak tanggapan prestasi Hariss Harun yang kembali menyertai JDT pada musim ini tampak kurang konsisten selepas tidak bersama skuad itu pada musim lalu sebaliknya pemain itu bekerja keras menyesuaikan diri dengan corak taktikal yang diterapkan ketua jurulatih, Ulisses Morais.

“Hariss (Harun) masih lagi dengan corak permainannya dan saya tidak nampak dia tidak serasi malah kami mengambil pendekatan belajar untuk meningkatkan kualiti permainan dengan mengharungi satu demi satu perlawanan.

“Positifnya kami mahu tampil dengan corak permainan lebih mantap bagi musim baharu dan ikut perancangan taktikal yang dibentuk jurulatih kerana sebagai satu pasukan kami mengutamakan kerjasama,” kata Safiq.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2018 @ 8:34 PM

Rabu, 20 Disember 2017

Apa sudah berlaku dengan kes Safiq?

Rabu, 20 Disember 2017 | 1:42pm
 
BEKAS pemain kebangsaan, Bakri Ibni masih menanti apakah tindakan bakal diambil oleh FAM dalam menangani isu kontroversi membabitkan kapten JDT, Safiq Rahim ketika final Piala Malaysia lalu.
Apa sudah berlaku dengan kes Safiq?
Rodly Fadly
sukanteam@nstp.com.my
KONGSI ARTIKEL
KUALA LUMPUR: Sikap membisu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung insiden membabitkan kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim ketika final Piala Malaysia lalu mencetuskan tanda tanya bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni.

Katanya, selepas hampir dua bulan ia berlaku, beliau masih menanti apakah tindakan bakal diambil oleh FAM dalam menangani isu kontroversi berkenaan kerana sehingga kini tiada sebarang perkembangan baru mengenainya.

"Sebagai peminat bola sepak saya hendak tahu perkembangan kes itu. Saya rasa bukan saya seorang, malah peminat lain pun tertanya-tanya apa kesudahannya.

"Sudah hampir dua bulan berlalu tapi nampaknya ia senyap begitu saja. Persoalannya, adakah Jawatankuasa Disiplin FAM sudah membincangkannya atau kes ini dibiarkan senyap begitu saja?

"Mungkin saya terlepas pandang atau tidak mengikuti perkembangan. Mungkin juga FAM sudah mengambil tindakan tanpa menghebohkan kepada umum.

"Tapi, setahu saya, FAM tidak pernah membuat sebarang kenyataan berhubung insiden ini selepas ia heboh diperkatakan selain ramai mendesak agar badan induk itu mengenakan tindakan disiplin ke atas Safiq," katanya.

Safiq menerima kecaman apabila mengeluarkan perkataan berbaur lucah di depan wakil media yang sedang merakam detik manis kejayaan JDT menjuarai Piala Malaysia selepas mengatasi Kedah, 2-0 di Stadium Shah Alam pada 4 November lalu.

Menerusi rakaman video yang viral di laman sosial itu, Safiq dikesan mengeluarkan kata-kata "P... kepada semua pengkritik, wa (saya) champion (juara)".

Mengulas lanjut, Bakri berkata, beliau tidak berniat mengungkit atau 'memanaskan' semula isu itu, namun berpendapat sesuatu perlukan dilakukan FAM demi menjaga integriti serta nama baik badan induk berkenaan.

"Ia bagi mengelak FAM dituduh mengamalkan sikap pilih kasih atau berat sebelah kerana beberapa kes sebelum ini sudah dikenakan tindakan disiplin termasuk kes seorang pemain menunjukkan isyarat lucah kepada penonton.

"Jadi, saya berharap FAM tidak terlepas pandang isu ini atau menutup mata begitu saja. Paling tidak, Safiq perlu diberi amaran keras atas perbuatannya itu," katanya.

Pada masa sama, bekas pemain kebangsaan itu meminta Safiq tampil untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyokong.

"Sebagai pemain senior, apatah lagi kapten skuad JDT dan kebangsaan, Safiq perlu mempunyai jiwa besar untuk tampil mengakui kesilapannya serta memohon maaf. Dengan cara ini, peminat akan lebih menghormati dia," katanya.

SUMBER BERITA HARIAN ONLINE 20 Disember 2017